Polis buka kertas siasatan calon PH bawa penyokong

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TELOK MAS 8 Nov- Polis akan membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan calon Pakatan Harapan (PH) yang membawa penyokong di luar perkarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), Kompleks Komuniti Desa, Telok Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah,  Supritendan Rais Mukhliz Azman Aziz mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.

Katanya, kumpulan individu berpakaian kemeja-T berwarna merah itu dikesan berarak mengiringi calon PH, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat.

“Kita dapati terdapat kehadiran lebih kurang 25 penyokong dari PH mengiringi calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas ini dan kertas siasatan akan dibuka.

“Pasukan Cantas Khas kemudian telah bertindak pantas untuk menyuraikan dan memberi amaran kepada penyokong agar mereka bersurai sebelum semua beredar dan berada di luar kawasan dengan jarak lebih 50 meter daripada pusat penamaan calon,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon di DUN Telok Mas, di sini.

Mengulas lanjut katanya, pihak polis akan mengenal pasti individu-individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengiku Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini sudah mengeluarkan amaran kepada semua parti agar sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon sekali gus menyaksikan kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

893
Kongsi :
Previous post Calon BN, PN dan PAS tiba di pusat penamaan calon Klebang
Next post Pertembungan 6 penjuru di Asahan?
Ubah saiz-+=