
Pertembungan 6 penjuru di Asahan?
ASAHAN 8 Nov – Seramai enam calon menghantar borang penamaan bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Calon pertama tiba ialah calon Bebas, Mohd Akhir Ayob 50 yang tiba di Dewan Komuniti Selandar pada jam 8.10 pagi.
Kemudiannya, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Utama Idris Haron pula tiba pada jam 8.35 pagi disusuli calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan yang tiba seminit selepas itu.
Calon Perikatan Nasional (PN) Danesh Basil pula tiba pada jam 9.09 pagi diikuti dua lagi calon Bebas iaitu Azmar Abdul Hamid, 49 dan Mohd Nor Salleh, 43 tiba pada jam 9.15 dan 9.26 pagi.
Bagaimanapun pengumuman sebenar jumlah calon yang disahkan bertanding di kerusi berkenaan hanya akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 11 pagi nanti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...

