
Penamaan calon DUN Pantai Kundor beralih di luar dewan
PANTAI KUNDOR 8 Nov – Proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terpaksa beralih di bahagian anjung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam, Tanjung Kling berikutan pegawai pengurus pusat penamaan calon itu dikesan sebagai kontak rapat.
Pegawai pengurus pusat penamaan calon itu, Zukhairi Arun terpaksa dikuarantin dalam kenderaan bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Berikutan itu proses penamaan calon terpaksa dilakukan di luar sekolah itu berbanding pelan asal penamaan calon yang dilakukan dalam dewan.
Difahamkan, proses penamaan calon terpaksa diubah pada petang semalam selepas Zukhairi dikesan sebagai kontak rapat seseorang yang dipercayai positif COVID-19 dan terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta ditempatkan dalam kenderaan berkenaan.
Terdahulu, tiga calon yang mengemukakan borang masing masing ialah Datuk Nor Azman Hassan mewakili Pakatan Harapan (PH), Tuminah Kadi (Barisan Nasional) dan Mohd Rizwan Mustafa dari Perikatan Nasional.
Kehadiran Zukhairi dalam kenderaan itu diperlukan untuk urusan menandatangani dokumen dan membuat pengunuman seperti waktu untuk mengemukakan borang dan seunpamanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...


