Polis buru dua suspek pecah rumah, larikan motosikal pemain Selangor FC

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SHAH ALAM, 23 Mei – Polis sedang memburu suspek yang disyaki memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee dan melarikan sebuah motosikal milik mangsa di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dari pemain berusia 31 tahun itu pada 11.30 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih itu melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R milik mangsa.

โ€œDua orang suspek dipercayai datang menggunakan MPV dengan seorang daripadanya bertindak melarikan motosikal manakala seorang lagi memandu MPV ketika meninggalkan rumah mangsa.

โ€œSemasa kejadian, mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah,โ€ katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, selain melarikan motosikal dan empat beg pelbagai jenama, pihaknya mendapati kejadian tidak melibatkanย kehilangan wang tunai dan barangan berharga lain.

Terdahulu, Ahmad Khuzaimi berkongsi laporan polis yang dibuat melalui akaun media sosial miliknya berhubung kediamannya dipecah masuk dengan beliau kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan passport antarabangsa.

Menurut Ahmad Khuzaimi, beliau menyedari kejadian itu sejurus pulang dari sesi latihan pada jam 9 malam selepas mendapati pintu pagar depan dan belakang rumah telah terbuka.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, polis sedang berusaha keras untuk mengesan dan menangkap suspek dalam kadar segera.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

43
Kongsi :
Previous post Mohd Shaiful Hizam dilantik Yang Dipertua MPJ baharu
Next post PBT harus peka, proaktif laksana dasar Kerajaan Negeri
Ubah saiz-+=