
Polis buru lelaki cabul wanita di Cyberjaya
CYBERJAYA, 6 April – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cabul seorang wanita di kawasan parkir sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, wanita berumur 27 tahun telah disapa seorang lelaki kononnya untuk membantunya menyimpan barang ke dalam kereta di parkir pusat komersial tersebut, selain mahukan troli yang digunakan wanita itu.
“Bagaimanapun wanita berkenaan menolak bantuan tersebut namun lelaki itu tetap mengambil barang pengadu dan memasukkan dalam kereta dan secara tiba-tiba suspek bertindak menyentuh dan meramas punggung pengadu sebelum melarikan diri,” kata Wan Kamaruld dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa memaklumkan bahawa lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang bag sling warna hitam, dengan rambut dan kulit berwarna gelap.
“Pengadu hanya nampak lelaki itu matanya juling. Pengadu juga tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMBENIHAN AWAN DI MELAKA DALAM MASA TERDEKAT – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Melaka dijangka melaksanakan operasi pembenihan awan dalam masa terdekat sebagai langkah proaktif meningkatkan kadar hujan bagi...
WRUR ASAHAN: DOA KETUA MENTERI BERI SEMANGAT BILAL LAWAN KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Titipan doa daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagai memberi semangat baharu kepada...
EMPANGAN JUS MAMPU BERTAHAN HINGGA NOVEMBER – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Bekalan air di Empangan Jus dijangka mampu bertahan sehingga November ini sekiranya keadaan cuaca kering berterusan,...
WRUR ASAHAN: PENDEKATAN FLEKSIBEL BANTU LEBIH RAMAI RAKYAT MILIKI KEDIAMAN
ASAHAN 8 April – Cadangan supaya pembinaan rumah baharu tidak dihadkan mengikut kuota dilihat mampu membuka peluang kepada lebih ramai...
LOJI RAWATAN AIR JUS FASA 2 LEGAKAN PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 8 April – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menikmati bekalan air lebih stabil dan mencukupi hasil...
DUN MACHAP JAYA KONGSI RAYA, KONGSI SELERA
MACHAP JAYA 8 April - Menu klasik iaitu ketupat, lemang dan rendang menjadi pemikat selera buat tetamu pelbagai kaum untuk...
