
Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada Sept 2020.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mereka terdiri daripada N. Vesnu, 32, alamat terakhir Taman Muhibah, Kajang; V. Sugumaran, 34, alamat terakhir di Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang; dan S. Tinakaran, 33, alamat terakhir di Taman Asa Jaya, Kajang, Kajang.
Beliau berkata sehingga kini enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis masih giat mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pada 13 September 2020 lepas, melibatkan kematian seorang lelaki berumur 26 tahun yang ditemukan dengan kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau individu yang sedang dicari, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat ASP S. Vekram dengan menelefon 019-4737108.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...

