
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas di Medan Selera Suria KLCC.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Xu Baolin, 84 tahun pada 11.42 pagi Isnin lepas.
Beliau berkata Xu dengan ketinggian 159 sentimeter, kali terakhir dilihat berpakaian t-shirt putih dan berseluar panjang berwarna gelap, dan warga emas itu mempunyai masalah pendengaran.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas itu diminta menghubungi Balai Polis Dang Wangi dengan menelefon 03-26002264 atau hubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sulizmie berkata warga China itu dikatakan pergi ke medan selera di pusat beli-belah berkenaan bersama empat orang ahli keluarga yang lain sebelum ini dan dia dijadualkan pulang ke negara asal pada 17 Dis ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEMBU, KERBAU TANPA ‘TAGGING’ DI MELAKA BOLEH DIANGGAP TIADA TUAN
MERLIMAU 16 Mei - Melaka mewajibkan semua lembu dan kerbau ternakan di negeri ini dipasang 'tagging' pada telinga sebagai langkah...
MELAKA SALUR RM16.96 JUTA PERKUKUH PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN
MERLIMAU 16 Mei - Sejumlah RM16.96 juta telah diperuntukkan menerusi bajet negeri bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam...
835 KEMALANGAN AKIBAT HAIWAN BERKELIARAN DIREKODKAN DI MELAKA
MERLIMAU 16 Mei - Sebanyak lebih 50 aduan dan 835 kemalangan berkait haiwan ternakan berkeliaran telah direkodkan di Melaka sejak...
MELAKA TAWAR INSENTIF ‘TAGGING’ LEMBU, KERBAU PERCUMA HINGGA HUJUNG TAHUN
MERLIMAU 16 Mei - Semua penternak lembu dan kerbau di negeri ini disaran memanfaatkan insentif pemasangan 'tagging' secara percuma bagi...
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL ‘KAD PENGENALAN’ LEMBU, KERBAU
MERLIMAU 16 Mei - Melaka muncul negeri pertama di Malaysia memperkenalkan identiti digital yang berfungsi seakan kad pengenalan bagi lembu...
HARI MUZIUM ANTARABANGSA: PERZIM TAWAR POTONGAN TIKET 30 PERATUS
AYER KEROH 16 Mei - Orang ramai berpeluang menikmati potongan harga tiket masuk sebanyak 30 peratus untuk masuk ke muzium...

