
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember – Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat perhatian daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Terbaharu, menerusi hantaran di Facebook rasminya MAIM menyampaikan cek kepada pihak pengurusan surau dan tanah perkhuburan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, baru-baru ini.
Serahan cek berkenaan turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri.
“Penerima cek adalah Kampung Seri Mendapat, bagi pembinaan pagar baharu tanah perkuburan Islam dan Madrasah Al Isbah Permatang Tulang, Sebatu bagi membiayai kos naik taraf.
“Sumbangan ini adalah hasil daripada dana zakat fisabilillah. Doakan sumbangan ini akan diberi keberkatan dan manfaat dinikmati bersama masyarakat Islam Negeri Melaka yang tercinta,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...

