
Polis kesan empat lelaki bantu siasatan kes bunuh
SHAH ALAM 10 Nov – Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mereka adalah Low Chee Boon, 41, beralamat terakhir di nombor 87, Jalan 14, Kampung Idaman, Pelabuhan Klang dan Lim Chee Hau, 39, beralamat terakhir di nombor 586, Lorong 23, Jenjarom.
“Turut dikesan adalah Tan Kok Pin, 34, beralamat terakhir di nombor 8, Jalan Bacang 7, Sri Jarom, Jenjarom dan Yap Chin Hock, 58, beralamat terakhir di nombor 40, Jalan Melati 21, Taman Melati, Jenjarom,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ezanee berkata setakat ini pihaknya telah menahan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun itu.
Beliau berkata kesemuanya sedang direman hingga 13 Nov ini dan pihaknya sedang mengesan saki-baki suspek lain.
“Sehingga kini pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai punca dan motif mangsa dibunuh,” katanya.
Beliau sehubungan itu memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat ASP Mohamad Syahrir Zabidi di talian 012-6650895. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PPSPM PERKUKUH TATAKELOLA, INTEGRITI MENERUSI IBR
BANDARAYA MELAKA 7 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkukuh agenda integriti dan tadbir urus dengan melaksanakan...
JADUAL PADAT TAK HALANG TOK RAOP SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 7 Februari - Meskipun sibuk dengan tugas pentadbiran Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menggunakan...
MELAKA ZAHIR KOMITMEN PERKASA WARISAN, BUDAYA
SERKAM 7 Februari - Kerajaan Negeri komited memperkasa warisan dan budaya yang turut membantu pembentukan identiti serta perpaduan rakyat, sekali...
TIDAK BERTANGGUH RESEPI ABDULLAH ‘AZZAM PEROLEH MUMTAZ SUFI DALAM STAM 2025
AYER KEROH 7 Februari - Amalan tidak bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan antara resepi utama kejayaan Abdullah 'Azzam Amsyari, 24,...
MPJ KEKALKAN KEASLIAN, NILAI SENTIMENTAL BANDAR JASIN
SERI NEGERI 7 Februari - Meskipun Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ketika ini giat melaksanakan transformasi digital namun pentabiran Pihak Berkuasa...
TARIK LESEN JIKA PENGANJUR, PENIAGA BAZAR AMAL KONSEP ‘ALIBABA’
AYER KEROH 6 Februari - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini tidak akan teragak-agak untuk menarik balik lesen...

