
Polis kesan lelaki intai guru wanita dalam tandas
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 32 tahun, pada hari sama.
Beliau berkata perbuatan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular menerusi media sosial yang menunjukkan dia masuk ke tandas wanita di kompleks sukan terbabit.
Menurut Mohd Iqbal, pada hari kejadian, guru tersebut membawa pelajar ke kompleks itu untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan dan semasa wanita itu berada dalam tandas, didapati seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah.
“Suspek kemudian melarikan diri sejurus mendengar jeritan pengadu (guru) dan pengadu menceritakan dia hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek sahaja,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Siasatan sedang dilakukan untuk mendapatkan rakaman CCTV di lain-lain lokasi berhampiran dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan ke talian 016-2745515,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKKN SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA @KOMUNITI
AYER KEROH 1 Julai - Kampung Bukit Larang, Telok Mas dan Ayer Molek, menjadi dua kampung di negeri ini yang...
MBMB SAMBUT BAIK SARANAN KETUA MENTERI JAGA KEBAJIKAN PENJAJA, PENIAGA KECIL
AYER KEROH 1 Julai - Penjaja dan peniaga kecil di beberapa tapak perniagaan yang terjejas akibat kejadian ribut 28 Jun...
MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
BEMBAN 1 Julai - Sebanyak empat kediaman selesai dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi inisiatif Baik Pulih Rumah...
PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA
DUYONG 1 Julai - Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan...
KILANG PERABOT MUSNAH TERBAKAR DI BUKIT RAMBAI
MELAKA, 1 Julai - Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi. Komander...
GALAK BELIA MELAKA KUASAI BIDANG ROBOTIK DAN AEROANGKASA
MERLIMAU 1 Julai - Program Airborne Innovation International RC Jet (Jet Kawalan Jauh) Competition (AIIRC) bersempena penganjuran 18th Malaysia FIRA...