Polis Melaka jadi yang pertama lantik ‘Duta Keamanan’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 11 Dis – Polis Kontinjen Melaka menjadi pasukan polis pertama di negara ini yang melantik tokoh masyarakat sebagai Duta Keamanan.

Ketua Polis negeri Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, tokoh masyarakat yang dilantik ini akan membantu pihak polis dalam menyampaikan maklumat berkaitan jenayah secara berterusan kepada komuniti setempat.

Beliau berkata, pendekatan baharu diambil Polis Kontinjen Melaka dengan membabitkan masyarakat dalam aktiviti Community Policing.

“Ini projek pertama atau pilot projek (Duta Keamanan) dan rasanya pertama di Malaysia yang kita bakal buat.

“Jika kaedah yang kita gunakan ini dapat membantu Melaka dari segi keamanan dan ketenteraman kita akan perluaskan konsep melantik duta keamanan ini untuk bantu polis bagi menjamin keselamatan setempat,” katanya dalam sidang media di Banda Hilir, hari ini.

ABDUL Majid mengagihkan hebahan aktiviti jenayah kepada orang awam di Banda Hilir.

Beliau berkata, dengan adanya tokoh masyarakat ini, mereka akan membantu polis menyerahkan atau menyampaikan maklumat dan bahan edaran berkaitan jenayah kepada komuniti setempat.

“Oleh itu pendekatan baharu diambil ini kita cuba di kawasan Jonker Street dan melantik tokoh berkaitan antaranya ahli politik dan wakil persatuan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Majid berkata, dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2020 dan Januari hingga November 2021 tiada kes membabitkan jenayah ragut di laporkan berlaku di kawasan Jonker Street manakala sepanjang 2019 hanya 11 kes diterima.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1253
Kongsi :
Previous post Status SUKMA 2022 diumum akhir bulan ini
Next post Kes buli MRSM: Empat pelajar lagi ditahan
Ubah saiz-+=