
Polis siasat patung cetus provokasi
AYER KEROH 12 Julai – Polis menyiasat kejadian patung yang digantung bagi menimbulkan provokasi terhadap kerajaan di jejambat Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu di Balai Polis Ayer Keroh pada jam 7.30 pagi.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat objek berupa patung berwarna putih di gantung di jejambat di hadapan simpang empat berkenaan.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat tulisan berwarna merah pada patung terbabit yang bermaksud provokasi terhadap kerajaan.
“Patung berkenaan telah diturunkan jam 7.40 pagi tadi untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini
Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Terdahulu, gambar patung yang dipakaikan baju berwarna putih dengan topi petani itu tular sejak awal pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAZAR IKONIK BANDA HILIR ‘MELETUP’ LEBIH AWAL
BANDA HILIR 17 Februari - Meskipun belum tiba Ramadan, namun Bazar Ikonik Banda Hilir sudah mula mendapat tempias apabila menerima...
‘PAYA RUMPUT RUMAH KITA’, SLOGAN KERAMAT SATUKAN 91,000 RAKYAT
PAYA RUMPUT 17 Februari - 'Demi Paya Rumput' dan 'Paya Rumput Kampung Kita' bukan slogan biasa, tetapi kata keramat sarat...
PERPADUAN KAUM TERUS MEKAR DI MELAKA
MACHAP JAYA 17 Februari – Sambutan Ambang Tahun Baharu Cina yang menghimpunkan masyarakat berbilang kaum menjadi simbol bahawa perpaduan terus...
RENTAK ‘SINGA’ MELAKA DALAM BINGKAI PERPADUAN
BANDA HILIR 17 Februari - Tarian singa yang sinonim sebagai seni tradisi masyarakat Cina kini tampil dalam wajah baharu sebagai...
‘SAYA IKHLAS DEMI PAYA RUMPUT’
Oleh: Mohd Salman Hamat dan Faris Haikal Zakaria PAYA RUMPUT 16 Februari - Bangun seawal dinihari untuk solat Subuh berjemaah...
PENDUDUK SAMBUT BAIK INISIATIF KUBUR DIGITAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Penduduk Kampung Krubong menyambut baik inisiatif kubur digital yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
