
Polis tahan peniaga, rampas mercun dan bunga api bernilai RM8,000
KANGAR, 12 Mac – Polis menahan seorang peniaga produk sejuk beku selepas menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM8,000 dalam sebuah rumah di Taman Guar Gajah, Arau semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban/Hambat oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada 5.30 petang.
“Mercun dan bunga api yang disyaki diperoleh tanpa lesen itu ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau termasuk jenayah dan dadah itu direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seskyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SKM SEMARAK IHYA RAMADAN KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka menganjurkan Program Ihya Ramadan Bersama Gerakan Koperasi Negeri...
PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 17 Mac - Inisiatif parkir percuma selama seminggu membabitkan hampir 40,000 petak parkir di bawah pihak berkuasa tempatan...
RAMADAN BAWA KECERIAAN BUAT ANAK ISTIMEWA ALOR GAJAH
REMBIA 17 Mac - Raut ceria jelas kelihatan di wajah 137 pelatih asnaf Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Parlimen Alor...
MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan...
MeSRa: MELAKA SENTIASA SAYANG ASNAF
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) kebajikan semua golongan terutama asnaf sentiasa diberikan perhatian...
RUMAH PAM BERNILAI RM2.3 JUTA BERI MANFAAT KEPADA 80.9 HEKTAR SAWAH DI KLEBANG
MELAKA, 16 Mac - Projek infrastruktur sokongan pembinaan rumah pam bernilai RM2.3 juta di Kampung Pinang, Batang Tiga, Klebang yang...
