Lelaki maut ketika melintas jalan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 12 Mac – Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Dato’ Dol Said, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu mangsa K Silvaraju, 54, beralamat di Taman Sri Naning, maut di lokasi akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Arshad Abu berkata, kemalangan maut itu membabitkan sebuah Proton X70 dipandu seorang pensyarah lelaki berusia 57 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian Proton X70 itu dipandu dari arah Kelemak menghala ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Manakala mangsa yang maut pula didakwa hendak melintas jalan dari kiri iaitu arah Jalan Klinik Kesihatan Alor Gajah ke kanan jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton X70 yang dipandu dilorong kanan jalan dikatakan terlanggar mangsa yang ketika itu sedang melintas,” katanya.

Arshad berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kenderaan yang terlibat pula ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan pihak polis meminta orang awam atau pengguna jalan raya yang ada melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5363
Kongsi :
Previous post Polis tahan peniaga, rampas mercun dan bunga api bernilai RM8,000
Next post YIDE peruntuk RM1.7 juta santuni anak yatim
Ubah saiz-+=