
Polis tahan seorang lelaki berhubung kes buli di Taiping
TAIPING, 8 Mei – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai ditampar dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata suspek yang tidak bekerja berumur 22 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada 10.45 malam tadi.
“Suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, polis mengesan satu video berdurasi seminit dua saat yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk ‘Budak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping’.
Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Osman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 13 tahun seorang diri beriadah menggunakan basikal di taman itu dan motif kejadian berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan siasatan sedang diteruskan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF
BUKIT KATIL 21 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUASANA KAMPUNG TENGAH BANDAR TARIKAN VILLA CMI
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Keunikan Villa CMI di Kampung Morten yang mengetengahkan konsep kampung tradisional berpotensi menjadi antara produk...
#BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA
AYER KEROH 21 Mei – Kekurangan fasiliti latihan bukanlah alasan untuk tidak melakar sejarah. Itu yang dibuktikan pasukan ragbi Sekolah...
WRUR KOTA LAKSAMANA: BANJIR KILAT ANTARA ADUAN RAKYAT YANG AKAN DISELESAIKAN
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Isu banjir kilat yang membelenggu penduduk antara 46 aduan yang diterima sempena Program Wakil Rakyat...
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN
AYER KEROH 21 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai...
