Port ‘Mat Gian’ diserbu, 73 ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KRUBONG 24 Jan – Dua sarang penagih dadah di Melaka Tengah dan Alor Gajah diserbu polis dalam operasi yang dijalankan bermula 21 Jan hingga semalam.

Serbuan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di ‘port’ Krubong dan Apache Alor Gajah.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, dalam serbuan di kedua-dua lokasi, seramai 73 individu termasuk seorang wanita ditahan berusia antara 23 hingga 64 tahun atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dalam operasi berkenaan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM41,366 turut dirampas.

“Antara dadah yang dirampas di kedua-dua kawasan ialah ialah hampir satu kilogram heroin, syabu (0.073 kilogram) dan ganja (0.013 kilogram).

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superintenden Zulkiflee Rashid

Mengulas lanjut, beliau berkata daripada jumlah itu, seramai sembilan pengedar dadah turut ditahan selain menyita harta membabitkan nilai RM161,500.

“Semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tiga daripada pengedar dadah terbabit dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1633
Kongsi :
Previous post Peguam positif COVID-19, permohonan Rosmah supaya hakim tarik diri dengar kes ditangguh
Next post Orang ramai perlu lapor aktiviti berkaitan bom ikan
Ubah saiz-+=