
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu – JPA
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam, palsu.
“Maklumat yang tertera di poster tersebut palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” menurut JPA menerusi status dimuat naik di akaun Facebook.
Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.
Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada 5 April depan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TELEKOMUNIKASI KE-450 MELAKA BEROPERASI
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Melaka melakar satu lagi pencapaian dalam aspek pembangunan digital negeri apabila menara telekomunikasi ke-450 di...
WRUR TELOK MAS: 7,000 KAMPIT BERAS PERCUMA MENANTI ORANG RAMAI
TELOK MAS 16 Jun – Sebanyak 7,000 kampit beras percuma akan diagihkan kepada penduduk sempena Majlis Penutup Program Wakil Rakyat...
PERPADUAN JADI WARISAN TELOK MAS
TELOK MAS 16 Jun – Penganjuran Majlis Malam Lestari Warisan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PELABURAN CIPTA LEBIH BANYAK PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
GADEK 15 Jun - Pelaburan masuk ke negeri ini dianggap lebih bermakna apabila anak-anak Melaka mendapat peluang pekerjaan dan membina...
MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Melaka menjadi perhatian rakyat Malaysia, apabila foto pencari kerja berbaris panjang untuk menghadiri sesi temu duga...
PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan...
