
Premis judi dipotong bekalan elektrik
JASIN 30 Nov: Lapan premis di daerah ini yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, operasi pemotongan elektrik itu dijalankan lebih tiga jam bermula jam 11 pagi membabitkan pasukan polis dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beliau berkata, pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan ke atas premis yang disyaki menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen dan perjudian tambah nilai telefon bimbit.
“Daripada lapan premis itu tiga adalah di kawasan Merlimau, dua di Bemban dan satu masing-masing di Jasin Perdana, Taman Maju serta Taman Rim Baru.
“Tindakan pemotongan ini dilakukan hasil daripada maklumat awam diterima dan risikan dijalankan oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kesemua premis ini didapati melakukan kesalahan sama sebelum tindakan tegas diambil iaitu dengan melakukan pemotongan elektrik.
“Polis Jasin masih meneruskan usaha melakukan pemotongan elektrik di premis yang disyaki ada melakukan aktiviti perjudian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA CATAT LEBIH 234 TAN SISA KITAR SEMULA SEPANJANG 2025
AYER KEROH 28 Januari - Inisiatif KITARecycle di Melaka berjaya mengumpul sebanyak 234.14 tan sisa kitar semula sepanjang 2025. Angka...
MEMPERKASA MASYARAKAT ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
TABOH NANING 26 Januari - Pembangunan masyarakat Orang Asli di Bukit Payung dilaksanakan secara inklusif mencakupi aspek sosial, kesihatan, akademik...
SEMANGAT ‘WANITA BESI’
JASIN 28 Januari – 'Iron lady' adalah gelaran yang sesuai bagi menggambarkan wanita pemilik nama Nur Farah Liyana Mohd Hisham,...
BATU BERLUMUT, PEMANDANGAN ‘MATA BURUNG’ SAUJANA BUKIT PERCHA
MACHAP JAYA 28 Januari - Kicauan burung, hembusan angin sepoi-sepoi bahasa dan pepohon hijau cukup mendamaikan bagai mengalu-alukan pengunjung ke...
MELAKA SASAR PENYERTAAN OKU DALAM PIDATO RUKUN NEGARA 2026
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Melaka menyasarkan penyertaan lebih inklusif termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam Pertandingan Pidato Rukun...
KOMITMEN MELAKA ANJUR PIDATO RUKUN NEGARA TERIMA PENGIKTIRAFAN
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Kementerian Perpaduan Negara menyalurkan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Kerajaan Negeri sebagai galakan dan pengiktirafan atas...
