
Premis judi dipotong bekalan elektrik
JASIN 30 Nov: Lapan premis di daerah ini yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, operasi pemotongan elektrik itu dijalankan lebih tiga jam bermula jam 11 pagi membabitkan pasukan polis dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beliau berkata, pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan ke atas premis yang disyaki menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen dan perjudian tambah nilai telefon bimbit.
“Daripada lapan premis itu tiga adalah di kawasan Merlimau, dua di Bemban dan satu masing-masing di Jasin Perdana, Taman Maju serta Taman Rim Baru.
“Tindakan pemotongan ini dilakukan hasil daripada maklumat awam diterima dan risikan dijalankan oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kesemua premis ini didapati melakukan kesalahan sama sebelum tindakan tegas diambil iaitu dengan melakukan pemotongan elektrik.
“Polis Jasin masih meneruskan usaha melakukan pemotongan elektrik di premis yang disyaki ada melakukan aktiviti perjudian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOZAC AKHIRI PENANTIAN HAMPIR TIGA DEKAD, RAIH JOHAN PIDATO KEBANGSAAN
AYER KEROH 20 Oktober – Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Muhammad Izz Ikmal Akram bin Kamal Ramdi, muncul...
INOVASI KAMPUNG DIGITAL DIIKTIRAF DUNIA, MELAKA RAIH DUA LAGI PENGIKTIRAFAN NEGARA
AYER KEROH 20 Oktober - Inisiatif Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0 meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Digital Community Innovation Excellence...
SENTUHAN KASIH EMGS RINGANKAN BEBAN 300 PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Oktober - Seramai 300 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima manfaat menerusi sumbangan bantuan...
AB RAUF, KETUA MENTERI ‘GRED A’
KESIDANG 19 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri merancakkan sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai program dan acara memberikan impak positif kepada ekonomi...
ORANG ALOR GAJAH PUJI PENTADBIRAN MESRA RAKYAT, TURUN PADANG DIAMALKAN TOK RAUF
MACHAP JAYA 19 Oktober – Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri sepanjang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
BUKAN DEMI RUPA, DUA PESERTA BIGGEST LOSER PILIH HIDUP LEBIH SIHAT
AYER KEROH 19 Oktober – Bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, The Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
