
Premis warga asing diserbu MPHTJ
AYER KEROH 16 Julai – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah menjalankan operasi bersepadu dalam usaha membanteras perniagaan yang dijalankan warga asing tanpa lesen.
Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, operasi berkenaan dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Melaka dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Melaka Tengah, di sekitar kawasan Ayer Keroh pada Rabu.
Katanya, operasi itu dijalankan di lima premis yang mana dua daripadanya didapati dijalankan oleh warga asing tanpa lesen manakala selebihnya melakukan pelbagai kesalahan lain seperti halangan siar kaki/tempat awam, langgar syarat lesen dan iklan tanpa permit.
“Sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan berikutan kesalahan tersebut, manakala tindakan sitaan premis dan tangkapan (warga asing) pula telah diserahkan kepada pihak Imigresen dan Jabatan Kastam,” katanya ketika dihubungi.
Shadan berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi dan memantau premis dikendalikan warga asing secara menyeluruh di bawah kawasan pentadbiran MPHTJ.
Menurutnya, operasi dan serbuan itu akan dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan bagi membanteras masalah ini daripada terus berlarutan.
Views:
Related


Berita Lain
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ PERKUKUH KEIMANAN MUALAF MAIM
KESIDANG 19 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam kehidupan saudara baharu di negeri ini...
SERONOK LAYAN KELETAH HAIWAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 19 Januari – Selain membersihkan kandang haiwan dan memberi makan, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Pagoh berpeluang...
‘HEBAT’ DIADAKAN SETIAP 45 HARI, WRUR DITAMBAH BAIK
AYER KEROH 19 Januari - Atas sambutan luar biasa yang diterima, Program Hari Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT)...
PERUNTUKAN KEBAJIKAN MENINGKAT, TANDA MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 19 Januari - Melaka terus menzahirkan sokongan dan keprihatinan terhadap rakyat memerlukan apabila peruntukan kebajikan terus meningkat secara...
PROJEK BERORIENTASIKAN RAKYAT PERLU JADI KEUTAMAAN DI MELAKA
AYER KEROH 19 Januari - Projek-projek berorientasikan rakyat (people-centric) perlu dijadikan keutamaan di negeri ini, tegas Ketua Menteri Datuk Seri...
TIADA ISU RAKYAT BOLEH ‘DISIDAI’ TAHUN INI
AYER KEROH 19 Januari - Kerajaan Negeri menetapkan visi jelas bahawa tiada isu rakyat yang boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan...
