PRN Johor: Proses penamaan calon terkawal – Polis

Masa Membaca:52 Saat

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Polis Johor memaklumkan proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini telah berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Jurucakapnya Supt Ibrahim Mat Som berkata calon-calon juga telah mempamerkan sikap profesional sepanjang proses penamaan calon berlangsung, manakala penyokong parti mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya negeri itu.

“Polis Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera pilihan raya dan agensi terlibat atas segala kerjasama diberikan sepanjang tempoh penamaan calon ini.

“Sehingga kini, tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan tenteram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya semua parti, kumpulan penyokong dan orang ramai, supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan ketetapan undang-undang, agar tempoh berkempen berjalan secara aman dan harmoni.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata seramai 239 calon layak bertanding pada PRN Johor yang bermula hari ini, melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

912
Kongsi :
Previous post Melaka terima RM4 juta pasang siren amaran banjir di 34 lokasi
Next post MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Ubah saiz-+=