Sorting by

×

PRN: KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim di Johor

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JOHOR BAHRU, 23 Jan – Kongres India Muslim (KIMMA) akan mendekati kira-kira 68,000 pengundi di negeri ini menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor tidak lama lagi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata KIMMA yang mempunyai 216 cawangan di Johor mengambil tindakan tepat dengan memulakan langkah awal mengatur pelbagai perancangan bagi mendekati pengundi dalam kalangan mereka di negeri berkenaan.

“KIMMA telah mulakan Program Retreat KIMMA dan gerak gempur jentera pilihan raya pada Ahad. Saya difahamkan 100 ahli JR ini akan diberikan kursus sepanjang Program Retreat KIMMA berlangsung.

“Kemudian, ahli JR ini akan mendekati pengundi India Muslim di Johor yang dianggarkan 68,000 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 48,326 adalah ahli KIMMA,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian ketika ditanya sama ada akan diperuntukkan kerusi kepada KIMMA pada PRN kali ini, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Hadir sama, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Setiausaha Agung KIMMA Hussain Jamal dan Pengerusi KIMMA Johor Datuk Anwar Sadat.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata ahli JR KIMMA telah mendapat pendedahan awal dan latihan sewaktu PRN Melaka pada November dan menghantar ahli dari Johor untuk membantu Umno menghadapi PRN di sana dan berharap dapat mendekati lebih ramai pengundi India Muslim sewaktu PRN Johor kali ini.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post Speaker serah warta kerajaan pemasyuran memansuhkan DUN Johor kepada SPR
Next post PKBM harap KBS ambil langkah drastik selesai isu LTDL 2022
Ubah saiz-+=