
PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka esok
AYER KEROH 19 Nov – Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 12,290 petugas juga akan bertugas di kesemua tempat yang ditetapkan bagi melancarkan proses hari mengundi itu.
Katanya, pihak SPR, hari ini telah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwan pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan proses pengundian yang akan dijalankan.
Semakan itu, ujarnya adalah untuk memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian pada hari esok lengkap dan berkeadaan baik sebelum mengagihkan peralatan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi.
“Seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi di PRN Melaka ke-15 esok.
“SPR berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: WARISAN 600 TAHUN MELAKA DI BELANDA, AB RAUF USAHA BAWA PULANG
TANJUNG BIDARA 11 November - Khazanah sejarah Melaka yang dipercayai berusia lebih 600 tahun tersimpan di Belanda bakal diteliti menerusi...
PELABURAN BUKA PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT MELAKA
AYER LIMAU 11 November - Kemasukan pelaburan ke Melaka bukan sekadar merancakkan pembangunan ekonomi negeri, malah berupaya membuka lebih banyak...
PRN MELAKA: RM14.68 BILION PELABURAN, 15 JUTA PELANCONG JADI TARUHAN BN
BANDARAYA MELAKA 11 November - Pencapaian sektor pelancongan dan pelaburan yang memberangsangkan sepanjang tiga tahun pentadbiran Kerajaan Negeri menjadi antara...
‘BUKAN SAHAJA GAJI, ELAUN MENTERI JUGA WAJAR DISUMBANGKAN’ – ZAHID
AYER KEROH 11 November - Cadangan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai...
MAIM AGIH BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH DI 6 PARLIMEN BERMULA 21 NOVEMBER
PENGKALAN BATU 11 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan jadual pengambilan bantuan pakaian sekolah bagi sesi persekolahan 2027...
PRN MELAKA: UNDI HARI INI, WARISAN UNTUK ANAK CUCU ESOK – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 11 November - Pilihan raya bukan sekadar menentukan pembentukan kerajaan, sebaliknya menjadi medan penting untuk mencorakkan hala tuju...
