PRN MELAKA: ‘BUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRI’ – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 23 Oktober – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai pendek, namun keputusan akhir mengenai individu yang akan bertanding hanya akan dimuktamadkan pada 24 Oktober ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, senarai calon berkenaan masih belum dimuktamadkan sepenuhnya menjelang pengumuman rasmi yang dijadual berlangsung esok.

Beliauberkata, keputusan akhir mengenai calon akan dibuat sebelum nama mereka diumumkan kepada umum.

“Calon belum dimuktamadkan lagi, tetapi sudah ada dalam senarai pendek.

“Calon muktamad pada malam 24 Oktober nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN bagi Pilihan Raya Umum Negeri Melaka Ke-16 Bil. 1/2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi

Ketika ditanya sama ada terdapat nama-nama besar yang digugurkan daripada senarai calon BN, Ab Rauf bagaimanapun tidak memberikan jawapan secara langsung, sebaliknya menggunakan kiasan Melayu.

“Dia kalau kata orang Melayu, buah muda jangan dijolok, buah masak gugur sendiri,” katanya.

Untuk rekod, BN dijadual mengumumkan 21 calon pada 24 Oktober ini, manakala tujuh lagi calon bagi baki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka diumumkan oleh rakan strategik politiknya pada majlis yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

299
Kongsi :
Previous post 1,500 PEGAWAI, ANGGOTA TAMBAHAN BANTU POLIS MELAKA SEPANJANG PRN
Next post SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT