
PRN Melaka catat rekod calon teramai
AYER KEROH 8 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini bakal mencipta rekod baharu dengan menampilkan calon bertanding teramai dalam sejarah negeri ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 112 calon telah disahkan bertanding pada PRN kali ini yang mana jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu yang hanya menampilkan 82 calon.
“Kalau kita lihat pada PRU 14, hanya ada 82 calon, jadi kali ini lebih bertambah iaitu 112 calon.
“Kita melihat pertandingan ini semakin sengit dan trend pertembungan empat, lima dan enam penjuru juga semakin banyak,” katanya dalam sidang media di Menara Persekutuan, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TANJUNG BIDARA BAKAL BAWA KEJUTAN
ASAHAN 4 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada 12 April depan...
UNIKNYA ZAPIN ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan membawa kelainan tersendiri apabila memperkenalkan...
MELAKA TUBUH ‘TASK FORCE’ PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
AYER LIMAU 4 April - Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas (task force) bagi menangani isu kemerosotan paras air empangan sekali...
CAPAIAN TELEKOMUNIKASI LEBIH BAIK PACU MODEL ASAHAN KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April – Usaha menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sebagai model Kampung Sejahtera mampu direalisasikan susulan pelbagai usaha...
BEKALAN MAKANAN NEGARA MENCUKUPI, STABIL – MOHAMAD SABU
MELAKA, 4 April - Bekalan makanan negara ketika ini mencukupi dan stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri...
5,000 ‘SERBU’ JAMUAN AIDILFITRI DUN KESIDANG MELAKA SAYANG RAKYAT
KESIDANG 4 April - Lebih 5,000 pengunjung sekitar negeri ini membanjiri Majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang Melaka...

