‘Underdog’ atau ‘heavyweight’, biar rakyat tentukan- Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

LENDU 8 Nov. – “Saya tak adalah (fikir) ‘underdog’ atau heavyweight. Saya pun fikirkan saya juga ‘underdog’, saya tak pernah cakap saya ‘heavyweight’.

Itu kata Ketua Menteri Melaka yang juga Calon BN Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang menyerahkan kuasa itu kepada rakyat bagi menentukan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan mengaitkan kerusi Lendu melibatkan pertempuran antara ‘underdog’ (calon bukan dikenali) berentap dengan ‘heavyweight’ (nama kuasa besar) dalam PRN kali ini.

Bagaimanapun Sulaiman menyifatkan dirinya sebagai ‘underdog’ dan menyerahkan kebijaksanaan dan kuasa rakyat untuk menilai dan memilih wakil rakyat yang layak memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) itu serta kawasan lain.

“‘Underdog’ atau ‘heavyweight’ di luar sana rakyat dan bijak menilai dan memilih siapakah yang layak untuk memimpin DUN Lendu ini mahupun di kawasan-kawasan lain,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon diadakan di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di sini hari ini.

SULAIMAN pada sidang media di sini hari ini

Dalam pada itu, mengulas senarai calon yang dipilih BN dengan meletakkan wajah muda dan baharu beliau berkata ia wajar dilaksanakan demi memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Calon-calon yang kita ketengahkan iaitu golongan muda ini datangnya juga dari pelbagai latar belakang pengalaman serta pendidikan, saya yakin mereka boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di kawasan yang ditandingi.

“Inilah perubahan yang rakyat di luar sana nak terutamanya golongan muda. Hari ini saya yakin banyak generasi-generasi muda yang dah mula keluar layak untuk mengundi Melaka mungkin hampir 60 peratus adalah dikalangan orang muda.

“Jadi kita mesti memaparkan dan menawarkan tawaran baru terutamanya golongan muda ini yang saya fikir mereka ini banyak pengalaman dan mempunyai latar belakang yang hebat-hebat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post 112 calon bertanding PRN Melaka
Next post PRN Melaka catat rekod calon teramai
Ubah saiz-+=