
PRN Melaka ‘game changer’ dari segi calon dan manifesto BN
KUALA LUMPUR 27 Okt- “Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi ‘game changer’ apabila Barisan Nasional (BN) bakal meletakkan calon dan manifesto baharu,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi jaminan kepada pengundi di Melaka, bahawa bukan sahaja muka baharu yang terdiri dalam kalangan orang muda berkebolehan akan diketengahkan, bahkan manifesto yang dekat di hati rakyat akan dipersembahkan.
Beliau juga yakin muka-muka lama akan memberi ruang dan membantu calon baharu sekaligus merealisasikan manifesto buat pengundi di Melaka.
“Saya yakin mereka (orang lama dalam parti) akan beri peluang pada calon anak muda yang akan diketengahkan, begitu juga oleh mereka dari parti MCA dan MIC.
“Kita akan melakukan pendekatan baharu, satu ‘game changer’ akan dilakukan bukan sahaja dari segi calon, manifesto dan garis besar untuk rakyat Melaka, tetapi kita akan laksanakan aku janji ini untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’
TABOH NANING 29 Mac - Hidangan kari lembu menjadi menu istimewa yang menarik lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Rumah...
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
MERSING 29 Mac - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di persisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini,...
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
KEBAJIKAN PELAJAR TVET MELAKA TERUS DIPERKASA
RIM 29 Mac - Kira-kira 300 pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada keluarga B40 di negeri...
BUDAYA KITAR SEMULA DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 29 Mac - Kesedaran rakyat Melaka mengamalkan kitar semula terus menunjukkan peningkatan saban tahun hasil pelbagai inisiatif dan...

