PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 31 Oktober – Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04 Lendu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N04 Lendu Ts. Mohamad Shafie Taib memaklumkan pihaknya menerima dua kertas penamaan iaitu Nazri Ramli daripada BERSATU pada jam 9.07 pagi dan Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid daripada Barisan Nasional (BN) pada jam 9.14 pagi.

“Selepas menyemak kedua-dua kertas pencalonan tersebut saya berpuas hati dan memutuskan tidak ada percalonan yang ditolak pencalonannya.

“Saya mengumumkan calon disahkan bertanding bagi kerusi DUN N04 Lendu mengikut susunan kertas undi, pertama Abdul Hakim Abdul Wahid mewakili BN dan kedua Nazri Ramli mewakili Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan nama calon bertanding bagi kerusi DUN N04 Lendu di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Lendu, di sini, hari ini.

Pencalonan Abdul Hakim dicadangkan Baharuddin Harun dan disokong Nurul ‘Amirah Mohd Yusof.

Manakala pencalonan Mohd Nazri dicadangkan Najimah Abidin dan disokong Muhammad Qhairul Qhayyum Jamal.

Bagi PRN Melaka ke-16 SPR menetapkan 10 November 2026 (Selasa) sebagai hari mengundi awal dan hari pengundian pula pada 14 November 2026 (Sabtu).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
Next post PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU DI DUN AYER MOLEK