PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

MERLIMAU 31 Oktober – Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan pertembungan dua penjuru selepas dua calon mengemukakan kertas penamaan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi N27 Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, tiba di PPC kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta jentera parti dan penyokong BN dari Melaka juga Johor dalam kira-kira 900 lebih.

Ketibaan beliau dengan busana Baju Melayu Cekak Musang bersamping disambut penyokong parti yang membawa bendera dan sepanduk, sekali gus menyemarakkan suasana di sekitar pusat penamaan calon berkenaan.

Turut mengemukakan kertas penamaan calon ialah Rahayu Hamzah daripada Pakatan Harapan (PH), sekali gus menjadikan kerusi berkenaan menyaksikan persaingan dua penjuru.

Dr. Muhamad Akmal Saleh masuk ke dalam dewan tersebut tepat pada jam 9 pagi dan di ikuti calon PH pada jam 9.06 pagi, calon BN tersebut menyerahkan borang pemohonan calon pada jam 9.05 sejurus selepas itu calon PH menyerahkan borang pada jam 9.10.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya kemudian mengumumkan senarai calon yang layak bertanding selepas proses semakan dan penelitian kertas penamaan calon selesai dijalankan.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan persaingan bagi kerusi DUN Merlimau pada PRN Melaka Ke-16, dengan setiap calon kini mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Pada PRN Melaka 2021 yang lalu, Dr. Muhamad Akmal Saleh berjaya memenangi kerusi DUN Merlimau bagi BN dengan memperoleh 5,633 undi dan majoriti 3,248 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Azrin Ab Majid yang memperoleh 2,385 undi serta calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

PRN Melaka Ke-16 menyaksikan hari undi awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
Next post BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA