TOK MAT IRINGI ABDUL HAKIM KE PUSAT PENAMAAN CALON

Masa Membaca:35 Saat

LENDU 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid diiringi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ke Pusat Penamaan Calon N04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, di sini, hari ini.

Terdahulu Abdul Hakim diiringi Mohamad Hasan atau ‘Tok Mat’ bersama lebih 300 penyokong BN berkumpul sebelum berarak sejauh 500 meter ke pusat penamaan calon.

Beliau yang diiringi pencadang dan penyokong tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.14 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan dan urusan selanjutnya.

Abdul Hakim mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menggantikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

284
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: AYER MOLEK HANGAT SEJAK PAGI, RIDHWAN DISAMBUT SORAKAN PENYOKONG
Next post ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN