
PRN MELAKA: AYER MOLEK HANGAT SEJAK PAGI, RIDHWAN DISAMBUT SORAKAN PENYOKONG
AYER MOLEK 31 Oktober – Ketibaan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, disambut meriah dengan sorakan daripada penyokong yang hadir di Pusat Penamaan Calon, Dewan Kompleks Japerun Ayer Molek, di sini, pagi ini.
Kehadiran beliau kira-kira jam 8 pagi dengan diiringi Bendahari Agung BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menarik perhatian penyokong yang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan dewan bagi memberikan sokongan kepada calon berkenaan.
Suasana sekitar pusat penamaan calon turut dimeriahkan dengan laungan semangat dan sorakan penyokong BN yang menyambut ketibaan calon berkenaan.
Dalam pada itu, penyokong Pakatan Harapan (PH) turut hadir mengiringi calon parti berkenaan, Muhammad Hakimin Mokhtar, yang tiba di pusat penamaan calon.
Kesemua penyokong dilihat berhimpun seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU
LENDU 31 Oktober - Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04...
BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
BANDA HILIR 31 Oktober - Sebalik warna, tekstur dan bentuk hasil seni dipamerkan tersirat kisah kehidupan, memori serta trasformasi masyarakat...
PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU
MERLIMAU 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan...
PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
DUYONG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN
ASAHAN 31 Oktober – Kibaran bendera parti, sorakan penyokong dan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mencetuskan suasana meriah...
