
PRN MELAKA: ASYRAF WAJDI, UNCLE WONG IRINGI MOHD NOOR HELMY
DUYONG 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem diiringi Setiausaha Agung UMNO Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ke Pusat Penamaan Calon (PPC) N21 Duyong, Kompleks Japerun Duyong.
Lebih menarik lagi Penyandang DUN Duyong itu turut diiringi Uncle Wong bersama-sama lebih 500 penyokong yang mengiringi beliau.
Mohd Noor Helmy tiba ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Kompleks Japerun Duyong kira-kira jam 8.35 pagi tadi.
Tepat jam 9 pagi tadi, Pegawai pengurus pilihan raya N21 Duyong Mohd Azri Mohideen Abdul Kadir mengumumkan pembukaan proses penamaan calon.
Pada PRN Melaka 2021, Mohd Noor Helmy daripada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Duyong dengan memperoleh 4,684 undi dan majoriti 200 undi.
Beliau menewaskan calon DAP – PH Damien Yeo Shen Li yang peroleh 4,484 undi; Kamarudin Sedik PAS- PN 2,874 undi; Gan Tian Soh Bebas 57 undi dan Mohd Faizal Hamzah (PUTRA) 52 undi.
PRN Melaka Ke-16 menyaksikan hari pengundian awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
BANDA HILIR 31 Oktober - Sebalik warna, tekstur dan bentuk hasil seni dipamerkan tersirat kisah kehidupan, memori serta trasformasi masyarakat...
PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU
MERLIMAU 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan...
PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
DUYONG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN
ASAHAN 31 Oktober – Kibaran bendera parti, sorakan penyokong dan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mencetuskan suasana meriah...
TOK MAT IRINGI ABDUL HAKIM KE PUSAT PENAMAAN CALON
LENDU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid diiringi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad...
