
PRN MELAKA: POLIS INGATKAN JAGA SENSITIVITI BERKAITAN 3R SEPANJANG PRN
AYER KEROH 22 Oktober – Semua pihak diingatkan supaya peka dan menjaga sensitiviti isu agama, kaum dan institusi diraja (3R), sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar berkata, ingatan itu bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sekali gus menjamin ketenteraman awam sepanjang PRN nanti.
“Ketiga-tiga perkara itu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Isu 3R ke, isu fitnah ke atau isu ketenteraman awam. Tiga perkara ini perlu dijaga.
“Fokus kita adalah ketenteraman dan keselamatan,” katanya pada sidang media selepas Taklimat Sempena PRN Melaka di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.
Dzulkhairi berkata, pihaknya sedang menyiasat dua kes membabitkan kandungan media sosial yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap sebuah parti politik di negeri ini.
“Kedua-dua laporan itu dibuat pada 14 Oktober lalu. Kandungan media sosial itu didakwa mengundang ketidakpuasan hati beberapa pihak. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 273 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: CCTV, DRON BANTU POLIS PANTAU KESELAMATAN
AYER KEROH 22 Oktober - Polis akan memanfaatkan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), dron dan peralatan berkaitan dalam penugasan...
TOK RAUF SELESA DUDUK SEMEJA, DENGAR SUARA HATI RAKYAT
MASJID TANAH 22 Oktober - Peluang menjamah sarapan pagi semeja dengan rakyat tanpa dibatasi protokol amat dinanti-nantikan oleh Ketua Menteri Datuk...
TASIK AYER KEROH JADI DESTINASI REKREASI KAKI PANCING
AYER KEROH 22 Oktober - Seramai 350 kaki pancing dari pelbagai negeri berhimpun di Tasik Ayer Keroh sempena penganjuran Gegar...
DBP PERLUAS KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN KE LEBUH RAYA, STESEN KERETA API
AYER KEROH 22 Oktober - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperluas usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ke ruang awam termasuk lebuh...
ZOO MELAKA MENUJU HAB KONSERVASI, PENYELIDIKAN HAIWAN BERTARAF DUNIA
AYER KEROH 22 Oktober – Zoo Melaka menyasarkan transformasi sebagai hab konservasi, penyelidikan dan pendidikan haiwan bertaraf dunia menerusi perancangan...
MPAG AGENSI PERTAMA MELAKA TERIMA SIJIL PEMATUHAN SAGA
ALOR GAJAH 22 Oktober – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melakar pencapaian membanggakan apabila menjadi agensi pertama di Melaka menerima...
