
PRN MELAKA: 2,764 PENGUNDI POLIS TERLIBAT UNDI AWAL DAN POS
AYER KEROH 22 Oktober – Seramai 2,764 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka akan akan menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal dan undi pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar berkata jumlah berkenaan merangkumi kedua-dua kaedah pengundian tersebut.
“Jumlah anggota polis di Melaka adalah seramai 2,762 untuk undi pos dan undi awal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Taklimat Sempena PRN Melaka di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini hari ini.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan seramai 687,697 pengundi berdaftar bagi PRN Melaka ke-16.
Jumlah itu merangkumi 9,769 pemilih dalam kategori tentera dan pasangan serta 2,762 pemilih polis.
SPR menetapkan 10 November ini sebagai hari pengundian awal bagi PRN Melaka ke-16.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: POLIS INGATKAN JAGA SENSITIVITI BERKAITAN 3R SEPANJANG PRN
AYER KEROH 22 Oktober - Semua pihak diingatkan supaya peka dan menjaga sensitiviti isu agama, kaum dan institusi diraja (3R),...
PRN MELAKA: CCTV, DRON BANTU POLIS PANTAU KESELAMATAN
AYER KEROH 22 Oktober - Polis akan memanfaatkan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), dron dan peralatan berkaitan dalam penugasan...
TOK RAUF SELESA DUDUK SEMEJA, DENGAR SUARA HATI RAKYAT
MASJID TANAH 22 Oktober - Peluang menjamah sarapan pagi semeja dengan rakyat tanpa dibatasi protokol amat dinanti-nantikan oleh Ketua Menteri Datuk...
TASIK AYER KEROH JADI DESTINASI REKREASI KAKI PANCING
AYER KEROH 22 Oktober - Seramai 350 kaki pancing dari pelbagai negeri berhimpun di Tasik Ayer Keroh sempena penganjuran Gegar...
DBP PERLUAS KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN KE LEBUH RAYA, STESEN KERETA API
AYER KEROH 22 Oktober - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperluas usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ke ruang awam termasuk lebuh...
ZOO MELAKA MENUJU HAB KONSERVASI, PENYELIDIKAN HAIWAN BERTARAF DUNIA
AYER KEROH 22 Oktober – Zoo Melaka menyasarkan transformasi sebagai hab konservasi, penyelidikan dan pendidikan haiwan bertaraf dunia menerusi perancangan...
