Produk inovasi UTeM rangkul 20 pingat & dua anugerah khas

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Mac – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengungguli Pameran Teknologi Malaysia (MTE) 2021 dengan merangkul 20 pingat dan dua anugerah khas.

MTE 2021 yang diadakan secara maya itu menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia dengan hasil ciptaan produk inovasi berimpak global melibatkan lebih 500 penyertaan secara atas talian pada 22 hingga 26 Mac lalu.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, ia merupakan kejayaan besar buat UTeM pada suku pertama 2021 apabila 20 produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan berjaya merangkul pingat.

DR RAHA…kejayaan besar buat UTeM pada suku pertama 2021 apabila 20 produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan berjaya merangkul pingat.

Menurutnya, kejayaan itu menjadi rantaian lonjakan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kumpulan penyelidik yang komited menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dunia.

“Kejayaan ini satu daripada usaha UTeM dalam memberi sumbangan secara langsung kepada masyarakat selaras konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.

“UTeM mencatatkan kejayaan cemerlang di MTE 2021 dengan pungutan pingat keseluruhan dengan sembilan pingat emas, sembilan perak dan dua gangsa,” katanya.

UTeM memenangi anugerah khas menerusi produk Intelligent Wearable Device for Blind Person diketuai Ir Ts Dr. Anuar Mohamed Kassim bagi ‘Special Foreign Award’ dari Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa (IFIA).

Bagi anugerah khas ‘Best Category Award’ menjadi milik produk inovasi ‘LiFWeE’ diketuai Dr. Zulkeflee Abdullah yang berjaya merangkul pingat emas.

Tujuh lagi pingat emas bagi produk C2L diketuai Ts Dr Mohd Azli Salim dan ECOCO 2.0 – Green Solid Desiccant From Young Coconut Waste for Desiccant Dehumidifier diketuai Norain Idris, OPTIDR-Simulator diketuai Ts. Dr. Mohamad Fani Sulaima, Diabetic Retinopathy Consultation System (DRCS) diketuai Ts. Dr. Sarni Suhaila Rahim dan lain-lain.

Sembilan pingat perak pula diraih menerusi produk I’m Pay (Islamic Marketplace Payment Gateway), Bicycle Storage Holder (BISH), Protecc – Innovating Care Through AI, Catchbus Malaysia, Double Brown, HVAC Virtual Laboratory (HV-Lab), Multi Function Detect and Count (D&C), 1-Step Alarm Flooring dan Visitor Screening and Sanitizing Station.

Sementara itu, dua pingat gangsa dimenangi menerusi produk Water Based Photovoltaic Thermal (Pvt) With New Dual Oscillating Absorber dan Boron Cutting Tool (BCT).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1200
Kongsi :
Previous post Melaka sedia jadi ‘kilang’ bakat bola sepak
Next post Individu kena kompaun RM10,000 belum kemuka rayuan
Ubah saiz-+=