Sorting by

×

PROMOSI TVET DI PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September – GiatMARA Simpang Ampat, Alor Gajah menggunakan kesempatan penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 dengan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Program Tukar Minyak Hitam Percuma.

Tengah pengajar kursus Kejuruteraan Automotif GiatMARA Simpang Ampat, Zulhisham Zainudin berkata, program CSR itu juga secara tidak langsung membantu mempromosikan bidang Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) kepada belia.

Katanya, program itu melibatkan seramai 11 pelajar dan dua tenaga pengajar yang ditugaskan untuk menukar minyak hitam 100 motosikal.

“Selain mempromosikan GiatMARA sebagai antara insitutsi TVET di Malaysia, progam ini juga menjadi medan untuk pelajar kami untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari sepanjang mengikuti kursus.

“Kesempatan yang ada amat berguna kerana ini adalah peluang mereka untuk belajar bagaimana mahu berhadapan dengan orang ramai, suasana membaiki motosikal di bengkel dengan lokasi di tapak penganjuran program seperti ini amat berbeza.

“Secara tidak langsung pelajar kami belajar mengenai cara untuk melayan kerenah pelanggan yang  bermacam ragam, ini adalah pengalaman amat bermakna serta berguna sebagai bekalan memasuki alam pekerjaan kelak,” katanya ketika ditemui di tapak Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 di Pantai Tanjung Bidara, di sini, hari ini

Katanya, selain menggantikan minyak hitam pelajar turut melakukan penyelenggaraan ringkas terhadap motosikal milik pelanggan seperti menegangkan rantai.

Zulhisham berkata, GiatMARA Simpang Ampat turut menawarkan kursus solekan, jahitan dan komposit menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA BERI TEMPIAS KEPADA PENIAGA KECIL
Next post PANTAI TANJUNG BIDARA DIBERI ‘NAFAS BAHARU’