
Proses penamaan calon Kota Melaka selesai
KOTA MELAKA 5 November – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Kota Melaka menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Empat calon yang bertanding adalah Khoo Poay Tiong dari Pakatan Harapan (PH); Kon Qi Yao, Barisan Nasional (BN); Dato’ Dr. Norazlan (Bebas) serta Suhaime Borhan dari Perikatan Nasional (PN).
Qi Yao menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi dan diikuti calon PH pada jam 9.06 pagi, calon Bebas pada 9.10 dan yang terkahir calon PN pada 9.11 pagi.
Selepas semakan dibuat, kesemua pencalonan selesai dan diterima tanpa ada penolakan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengumuman rasmi kesemua empat calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus SPR Parlimen Kota Melaka Muhammad Ikram Ibrahim kira-kira jam 10.45 pagi.
Meskipun penyokong parti berada di luar perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, namun sorokan dan laungan jelas kedengaran apabila nama calon diumumkan Pegawai Pengurus SPR.
Proses penamaan calon berjalan dalam suasana aman dan terkawal tanpa ada sebarang insiden mahupun provokasi dari mana-mana penyokong parti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF LOVE YOU TOO’
LENDU 12 Jun - Laungan 'I Love Tok Rauf' daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, dibalas 'I Love...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MIIEX 2026 HIMPUN LEBIH 900 PRODUK INOVASI INKLUSIF UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 12 Jun - Lebih 900 produk inovasi bakal diketengahkan pada program Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX) 2026 yang...
HARI TANPA KENDERAAN ALOR GAJAH TERUS DAPAT SAMBUTAN
ALOR GAJAH 12 Jun – Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Gajah yang berlangsung di Dataran Keris Alor Gajah terus mendapat...
WRUR KESIDANG: RAKYAT HARGAI INISIATIF PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
KESIDANG 12 Jun - Inisiatif saringan kesihatan percuma ditawarkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR KESIDANG: MPHTJ BAIK PULIH RUMAH PESAKIT DIALISIS
KESIDANG 11 Jun - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited meneruskan hasratnya membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program kerja-kerja...
