Pertandingan empat penjuru di Masjid Tanah

Masa Membaca:57 Saat

LENDU 5 November – Kerusi Parlimen Masjid Tanah bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), MUDA dan Pejuang.

BN diwakili Abdul Hakim Abdul Wahid, PN oleh Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, MUDA diwakili Mutalib Uthman manakala Pejuang diwakili Handrawirawan Abu Bakar.

Kesemua nama calon yang sah bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Saifuddin Abdul Karim pada jam 10.51 pagi tadi di pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Saifuddin berkata, setakat jam 10 pagi pihaknya menerima empat kertas pencalonan.

Selepas melakukan semakan pihaknya berpuas hati dan tidak ada kertas pencalonan yang ditolak.

Terdahulu Abdul Hakim memasuki dewan pusat pencalonan jam 9.15 pagi sambil diiringi Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai pencadang manakala Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai penyokong.

Mas Ermieyati tiba lebih awal pada jam 9.05 pagi, Handrairawan 9.08, pmanakala Mutalib pada 9.20 pagi.

Sementara itu suasana di luar dewan pusat pencalonan meriah dengan gelagat dan sorakan penyokong BN dan PN yang mengiringi calon masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3761
Kongsi :
Previous post Proses penamaan calon Kota Melaka selesai
Next post Empat penjuru di Alor Gajah
Ubah saiz-+=