Empat penjuru di Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

ALOR GAJAH 5 November – Parlimen Alor Gajah menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Penamaan itu telah disahkan sejurus selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Saiful Hazwa Kipli dengan mengumumkan empat nama calon di pentas terbuka berdekatan pintu masuk Pusat Penamaan Calon (PPC) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, 10.43 pagi tadi.

Empat calon yang akan bertanding adalah Shahril Hamdan dari Barisan Nasional (BN); Muhammad Nazriq Abdul Rahman dari Gerakan Tanah Air (GTA); Adly Zahari dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dari Perikatan Nasional (PN).

Shahril menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi dan diikuti calon Pejuang pada jam 9.04 pagi, calon PH pada 9.05 pagi dan yang terkahir calon PN dua minit kemudian.

Saiful Hazwa berkata, selepas semakan dilaksanakan di PPC terletak di Dewan Taming Sari telah diterima pihaknya tanpa ada penolakan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami berpuas hati dan memutuskan tiada calon ditolak dalam kertas penamaan calon yang dihantar hari ini,” katanya ketika berucap mengumumkan penamaan calon, hari ini.

Terdahulu sewaktu pengumuman dijalankan, kesemua penyokong dari empat penjuru tidak henti henti melaksanakan sorakan biarpun pentas utama itu terletak di dalam universiti jauh dengan jarak kira-kira 200 meter.

Meskipun sorakan penyokong bergema di bahu jalan hadapan universiti itu suasana masih lagi terkawal dengan kawalan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4732
Kongsi :
Previous post Pertandingan empat penjuru di Masjid Tanah
Next post Empat calon bertanding di Jasin
Ubah saiz-+=