
PRU15: Polis Melaka pantau empat lokasi panas
AYER KEROH 4 November – Polis Melaka mengenal pasti empat lokasi panas untuk dipantau dan dikawal rapi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kawasan-kawasan itu disenarai pendek pihaknya selepas mengambil kira-kira beberapa aspek serta penilaian.
Beliau berkata, sepanjang tempoh PRU15 ini, seramai 1,800 pegawai dan anggota akan ditugaskan serta digerakkan kesemua enam parlimen di Melaka.
“Semua penugasan sudah diatur dan kita kenal empat kawasan perlu diberi perhatian yang juga kawasan panas.
“Kawasan ini kita akan pantau rapi begitu juga tempat lain bagi memastikan keselamatan orang ramai dan membolehkan semua dapat keluar menunaikan tanggungjawab dengan aman,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, rondaan dan pemantauan akan dilakukan pihaknya tanpa henti sepanjang tempoh 24 jam termasuk menggerakkan pasukan cantas.
“Bagi keanggotaan tambahan di kawasan panas ia bergantung kepada keadaan, sekarang kita lihat ia kawasan panas tetapi nanti mungkin sebaliknya.
“24 jam kita akan ronda malah pasukan cantas juga akan diletakkan untuk memantau khususnya di kawasan panas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
MELAKA HARI INI TERIMA ANUGERAH CITRA BAHASA 2026 DBP
AYER KEROH 21 Oktober – Komitmen Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan...
‘TIADA LAGI TIDUR-TIDUR AYAM, RISAU RUMAH ROBOH DIBADAI RIBUT’
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Hasil daripada kemajuan dan kepesatan ekonomi Melaka dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk...
MAIM SUMBANG MESIN RUMPUT BANTU ASNAF SARA KELUARGA
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus prihatin dengan nasib asnaf apabila bukan sahaja membantu dalam...
