PSMJ2035 capai prestasi lebih 90 peratus pada 2022 – KM

SERI NEGERI 19 Disember – Kerajaan Negeri berjaya menyempurnakan lebih 90 peratus perancangan dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) sepanjang tahun 2022.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, PSMJ2035 yang dilancarkan pada 8 Mac 2021 dan ditambah baik dalam versi kedua pada 11 Mac tahun ini merupakan perancangan hala tuju Kerajaan Negeri bagi tempoh 15 tahun.

Katanya, sebanyak 11 flagship telah dirangka merangkumi 74 strategi dan 452 perancangan berdasarkan portfolio terkini Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Jelas Sulaiman, Flagship 1 iaitu Pembangunan Ekonomi Melaka telah mencapai 93 peratus, diikuti Flagship 2 Melaka Negeri Pelaburan (Pembangunan Industri dan PKS) 99 peratus; Flagship 3: Melaka Negeri Usahawan (Pembangunan Luar Bandar, Pertanian Dan Industri Asas Tani) 94 peratus dan Flagship 4 Pengurusan Infrastruktur Lestari juga 94 peratus.

Manakala, Flagship 5 iaitu Perbandaran Mampan kini mencapai 94 peratus, diikuti Flagship 6 Melaka Negeri Pelancongan (98 peratus); Flagship 7: Pendidikan dan Teknologi (90 peratus); serta diakhiri Flagship 8 iaitu Melaka Sejahtera yang merangkumi Perpaduan (97 peratus); Kebajikan (92 peratus); Kesihatan (97 peratus) dan Belia Dan Sukan (99 peratus).

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas pencapaian Flagship masing-masing.

“Tahniah juga diucapkan kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi, sekretariat Flagship dan semua penjawat awam yang telah sama-sama berusaha sehingga berjaya menunjukkan prestasi membanggakan bagi pencapian Flagship masing-masing.

“Saya amat berharap pencapaian cemerlang ini akan ditunjukkan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk kita mencapai atau melaksanakan pula inisiatif akujanji tiga tahun Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Tahun 2022 dan Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

594
Previous post Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai
Next post Johari Abdul dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu