Pusat Koreksional Jasin bantu tingkat pengeluaran nanas

Masa Membaca:58 Saat

JASIN 25 April – Pusat Koreksional Jasin menjadi agensi pertama melaksanakan projek tanaman nanas menggunakan konsep ‘sekali tanam, tiga kali tuai’, sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman itu yang kini mendapat permintaan tinggi.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, lebih menarik tanaman nanas di tapak seluas 10.319 hektar itu diusahakan 82 Orang Yang Di Selia (ODS).

“Hari ini kita sebenarnya merasmikan pusat pengumpulan nanas di Pusat Koreksional Jasin. Kita harap dengan tertubuhnya pusat ini dapat merancakkan lagi industri nanas khususnya di wilayah tengah membabitkan Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

“Bagi konteks kerjasama, pusat koreksional ini adalah yang pertama dan saya harap mana-mana agensi memiliki tanah boleh digunapakai untuk pertanian, LPNM berbesar hati berkolaborasi bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pengumpulan Nanas di Pusat Koreksional Jasin di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Mohd Idlan Jamil.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini terdapat empat kompleks penjara melaksanakan tanaman nanas iaitu di Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan, Penjara Kluang, Johor, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Penjara Koreksional Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

111
Kongsi :
Previous post JPJ Melaka keluarkan lebih 3,300 kompaun
Next post MAQIS rampas cili tanpa permit dari Indonesia
Ubah saiz-+=