Rai, kongsi rezeki bersama anak yatim

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 April – Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 31 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kampung Bukit Pegoh Pernu, apabila diraikan pada majlis berbuka puasa di sebuah restoran milik chef terkenal tanah air, Jalan Bunga Raya, di sini, semalam.

Pengurus The Shore Shopping Gallery Paulin Lim berkata, majlis berbuka puasa itu adalah acara tahunan yang diadakan pihak bagi meraikan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.

“Ketika yang lain bergembira dapat berkumpul bersama keluarga tercinta ada di antara mereka ini yang merasai kehilangan jadi kita ingin meraikan anak-anak ini dengan harapan dapat mengembalikan senyuman mereka.

“Untuk itu menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) The Shore Shopping Gallery mengambil inisiatif mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim ini,” katanya.

Majlis Cahaya Raya itu telah disempurnakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin serta turut dihadiri Timbalannya, Leng Chau Yen.

Menurut Pauline, selain berbuka puasa, anak-anak yatim itu terlebih dahulu dibawa melawat ke pusat aquarium terbesar di Melaka iaitu The Shore Oceanarium.

“Lawatan ini bukan sahaja untuk menghiburkan mereka malah memberi pengalaman dan kenangan manis kerana mungkin ada diantara anak-anak ini tidak ada peluang untuk ke sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

111
Kongsi :
Previous post Beri peluang anak muda jadi pelapis sebar dakwah
Next post Pekerja kilang maut, motosikal rempuh SUV
Ubah saiz-+=