Rais kekal Ketua UMNO Tangga Batu – Presiden UMNO

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERKAM 27 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin disahkan kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengesahkan keabsahan lantikan itu selepas dimaklumkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) pusat, sebentar tadi.

Ia sekali gus menepis laporan mengaitkan kemenangan Rais pada pemilihan baru-baru ini dibatalkan seperti yang ditularkan pada satu surat Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO Malaysia 2023, hari ini.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO telah memaklumkan kepada saya tidak ada pembatalan itu.

“Dan Rais diabsahkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Sunat Tarawih sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai Serkam, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada surat yang ditularkan itu palsu atau tidak, Ahmad Zahid bagaimanapun tidak pasti berhubung perkara itu.

“Saya tak pasti tapi disahkan..Tapi yang penting disahkan (kedudukan Rais),” katanya

Terdahulu, media melaporkan kemenangan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO Malaysia 2023.

Perkara itu dimaklumkan bSetiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Abdul Latip Mohamad yang memaklumkan menerima surat itu daripada JPU pusat yang dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 2.26 petang tadi.

Pada pemilihan UMNO baru-baru ini, Rais memperoleh 282 undi menewaskan Mohamad Ali dengan 278 undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5172
Kongsi :
Previous post Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka akan dibincangkan – Ahmad Zahid
Next post Dedah amalan hijau kepada penjawat awam, pemain industri
Ubah saiz-+=