Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka akan dibincangkan – Ahmad Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

SERKAM 27 Mac – Pembentukan Kerajaan  Perpaduan di Melaka akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu akan dicapai selepas perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, keutamaan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan pada ketika ini ialah meraikan perbezaan dan memupuk keharmonian antara kaum.

“Insya-Allah di Negeri Melaka (Kerajaan Madani) belum terbentuk, tetapi ke arah itu mungkin ada.

“Itu saya akan bincangkan dengan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi BN Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai, di sini, hari ini.

IMG_20230327_211902_396
AHMAD Zahid. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum.

Turut hadir, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Zaidi Attan serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini telah mengubah landskap politik negara.

Katanya, perubahan itu turut dirasai di Melaka selepas menjadi antara negeri terawal memilih pentadbiran baharu negeri untuk tempoh lima tahun.

“Hakikat yang kita akan lihat apabila ada lagi enam negeri akan berdepan PRN pada masa akan datang.

“Sudah pasti landakap politik akan berubah, situasi akan bertukar, namun apa yang penting ialah nasib rakyat dan kepelbagaian agama itu perlu dijaga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1765
Kongsi :
Previous post Melaka teroka peluang baharu usahawan desa – KM
Next post Rais kekal Ketua UMNO Tangga Batu – Presiden UMNO
Ubah saiz-+=