Sorting by

×

Raja Muda Selangor santuni anak yatim Pantai Puteri

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PANTAI KUNDOR 23 Mac – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS), di sini, hari ini.

Kunjungan baginda yang tiba tepat jam 12.15 tengah hari tadi disambut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud serta tetamu lain dalam acara yang diadakan di surau sekolah itu.

Program anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu adalah sebagai perkenan baginda menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sekolah terbabit.

Program disusuli dengan gimik penyerahan sumbangan bernilai RM7,800 yang diagihkan kepada 26 penerima.

IMG_20230323_170802_058
PANTAI KUNDOR 23 Mac – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika acara simbolik penyerahan sumbangan sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2023M/1444H Kepada Anak-Anak Yatim Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di KM 17, Pantai Puteri. Turut bersama Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Tan Sri Mazlan Mansor dan Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu, baginda turut menyampaikan bantuan kain pelikat dan 100 kilogram beras untuk sekolah berkenaan.

Majlis secara fizikal itu merupakan yang pertama kali diadakan selepas tiga tahun negara dilanda pandemik COVID-19, yang mana sebelum ini ia terpaksa diadakan secara dalam talian.

Penutupan program kali ini diakhiri dengan sesi tazkirah dan solat Zohor berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2074
Kongsi :
Previous post Hari pertama dah ‘ponteng’ puasa…
Next post 9,000 anak yatim Selangor, Melaka terima sumbangan RM1.4 juta
Ubah saiz-+=