
Rakyat penat, jemu dan jelak!
AYER KEROH 10 Nov – “Ya, memang benar rakyat sudah penat! Rakyat semakin jemu dan jelak!”
Demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai kerakusan pihak-pihak tertentu yang dahagakan kuasa demi kepentingan sendiri.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PRN Melaka berkata, rakyat ibarat mangsa keadaan memandangkan baharu sahaja dihimpit masalah ekonomi akibat pandemik, kini terpaksa pula berdepan situasi politik yang tidak stabil.
“Justeru pada petang ini, sempena PRN Melaka 2021, majlis ini bukan sekadar sajian manifesto demi manifesto sahaja. Manifesto kali ini adalah akujanji dan komitmen Barisan Nasional ke arah kecemerlangan masa depan negeri Melaka.
“Barisan Nasional sudah berjuang sekian lama dan tidak sesekali akan berhenti bekerja dan terus bangkit untuk memastikan akujanji kepada Keluarga Melaka dan Malaysia amnya ditepati demi SATU matlamat, yakni demi kestabilan, demi kemakmuran untuk semua,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
