
Rampasan dadah di Melaka meningkat kepada RM16.9 juta dalam tempoh PKP
BANDA HILIR 28 Sept. – Polis Kontinjen negeri merampas 380 kilogram dadah bernilai keseluruhan RM16.9 juta dari Januari hingga 15 September lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, sekali gus ia menunjukkan peningkatan mendadak berbanding RM690,250 nilai rampasan yang dibuat pada tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, peningkatan turut berlaku dari segi tangkapan penagih pada tahun ini iaitu meningkat dari 1,144 orang kepada 1,510 pada tahun ini.
“Di samping itu, dari segi penagihan dadah waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita dapati terdapat peningkatan dalam tangkapan penagih dadah daripada Januari hingga September.
“Ini kerana JSJN Melaka telah menangkap seramai 1,510 orang penagih dadah meningkat sebanyak 31.99 peratus berbanding dengan tahun lalu,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Tambah Abdul Majid, pihaknya sentiasa menggandakan usaha biarpun dalam situasi pandemik COVID-19 demi kesejahteraan dan ketenteraman rakyat di negeri ini.
“Pihak Polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dan dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS ‘AJAK SEKAMPUNG’ MERIAHKAN 130 ACARA
TELOK MAS 12 Jun – Sebanyak 130 program menarik untuk segenap lapisan masyarakat bakal mewarnai kehidupan masyarakat di Dewan Undangan...
YAYASAN PELAJARAN MARA BANTU PERKASA AKADEMIK ANAK MELAKA
LENDU 12 Jun - Usaha memperkasakan bidang akademik anak Melaka turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM),...
UMNO MELAKA BUKA PINTU KERJASAMA KEPADA SEMUA PIHAK
LENDU 12 Jun - UMNO Melaka bersedia membuka ruang kerjasama kepada mana-mana pihak yang mampu menyumbang kepada kekuatan parti serta...
‘TOK RAUF LOVE YOU TOO’
LENDU 12 Jun - Laungan 'I Love Tok Rauf' daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, dibalas 'I Love...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MIIEX 2026 HIMPUN LEBIH 900 PRODUK INOVASI INKLUSIF UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 12 Jun - Lebih 900 produk inovasi bakal diketengahkan pada program Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX) 2026 yang...
