
Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi sendiri
Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di sini, antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii.
Dalam kejadian pada minggu lepas, polis menemukan mayat bayi dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada sejurus dilahirkan di rumah yang didiami remaja berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JANGKITAN HIV DI MELAKA MENURUN 30 PERATUS
AYER KEROH 11 Disember - Kes HIV di Melaka mencatatkan penurunan hampir 30 peratus telah direkodkan pada 2024 berbanding 2010....
SYIAR ISLAM SUBUR DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – MUFTI MELAKA
PENGKALAN BATU 11 Disember - Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh amat komited mempergiat usaha...
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT RM112 JUTA
SERI NEGERI 11 Disember - Sejumlah RM112 juta kutipan zakat diterima Kerajaan Negeri melalui Zakat Melaka sejak Januari hingga 30...
BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2026: KEBAJIKAN RAKYAT DIPERKASA, PERUNTUKAN MENINGKAT
SERI NEGERI 11 Disember - Bajet Negeri Melaka Tahun 2026 disifatkan sebagai antara yang terbaik pernah dibentangkan apabila Kerajaan Negeri...
JELAJAH USAHAWAN MANA LAGI…MELAKA LER, LUASKAN PASARAN PRODUK TEMPATAN
SERI NEGERI 11 Disember - Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM300,000 menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 bagi membantu usahawan memperluaskan pasaran...
MUDAHKAN URUSAN 4,900 PESAKIT, MELAKA TAMBAH PERUNTUKAN ‘MESRA AMBULANS’
SERI NEGERI 11 Disember - Kerajaan Negeri menambah peruntukan bagi Program Mesra Ambulans kepada RM2.5 juta menerusi Bajet Negeri Melaka...
