Remaja 18 tahun maut motosikal rempuh belakang lori

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 197.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Dalam kejadian kira- kira jam 6.45 pagi itu, mangsa Muhammad Aqrabin Amsyar Zakaria, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian remaja lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda PCX dan lori dipandu lelaki berusia 39 tahun dalam perjalanan dari arah Muar, Johor menghala utara.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan menghala ke Kajang manakala lori terbabit pula menuju ke Sepang, Selangor.

MUHAMMAD Aqrabin Amsyar Zakaria

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, mangsa yang menunggang seorang diri dipercayai terlanggar bahagian belakang sebelah kiri lori terbabit yang sedang bergerak.

“Akibat perlanggaran itu mangsa disahkan meninggal dilokasi kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya.

Arshad menambah, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Selain itu kedua- dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957,” katanya.

 

Views:

2107
Kongsi :
Previous post MOTAC tawar 40 peratus diskaun kompaun kepada pengusaha dan pemandu pelancong berlesen
Next post TNB sasar 380,000 meter pintar di Melaka tahun depan
Ubah saiz-+=